Tuesday, March 23, 2010

MALAYSIA CHINA DI FINAL

Malaysia jumpa China di final
Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my
2010/03/24

YAO Han menjangkau untuk membalas pukulan lawan sambil diperhati  Hong Kheng ketika menentang  Wannawat dan  Tinn di Stadium Juara, petang  semalam.
YAO Han menjangkau untuk membalas pukulan lawan sambil diperhati Hong Kheng ketika menentang Wannawat dan Tinn di Stadium Juara, petang semalam.
Atasi Thailand pada separuh akhir Remaja Asia, China ketepi Indonesia

JUARA bertahan, Malaysia dan gergasi benua, China layak ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia Bawah 19 Tahun 2010 untuk mengulangi pertemuan, tahun lalu.

Semalam, dalam saingan separuh akhir tuan rumah menewaskan Thailand 3-1 manakala China menumpaskan Indonesia 3-2 di Stadium Juara, Bukit Kiara. Skuad negara meraih mata awal menerusi aksi selama 49 minit beregu campuran Ow Yao Han-Lai Pei Jing yang membuka langkah kanan selepas mengatasi Apisuk Inkarat-Taerattanachai Sapsiree pada set penentuan 21-19, 15-21, 17-21.

Rentetan pergelutan negara diteruskan perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkiffli yang berhempas pulas selama sejam mengenepikan jaguh muda Thailand, Pisit Poodchalat 10-21, 21-17, 19-21.

Kemaraan skuad negara yang terjejas selepas perseorangan wanita, Cheah Sonia Su Ya tewas kepada Intanon Ratchanok 17-21, 17-21 selepas itu, pantas diselamatkan gandingan Yao Han-Yew Hong Kheng dalam acara beregu lelaki untuk mengesahkan tempat Malaysia di final, mengatasi Ampunsuwan Wannawat-Istiyanet Tinn 9-21, 22-20, 18-21.

“Aksi pemain (beregu lelaki) tidak tajam pada set kedua. Banyak kesilapan terutama di depan jaring kerana pemain ghairah menamatkan perlawanan cepat,” kata jurulatih beregu lelaki remaja negara, Yap Kim Hock yang mengakui ketahanan mental dan psikologi anak buahnya masih kurang.
Beliau turut menyandarkan harapan tinggi terhadap dua acara lelaki, perseorangan dan beregu, selain beregu campuran yang disifatkan lebih handal berbanding lawan pada aksi final, hari ini.

Keputusan: Separuh Akhir

MALAYSIA 3 THAILAND 1
Beregu campuran: Ow Yao Han-Lai Pei Jing (MAS) mn Apisuk Inkarat-Taerattanachai Sapsiree (Tha) 21-19, 15-21, 17-21
Perseorangan lelaki: Zulfadli Zulkiffli (MAS) mn Pisit Poodchalat (Tha) 10-21, 21-17, 19-21
Perseorangan wanita: Cheah Sonia Su Ya (MAS) kk Intanon Ratchanok (Tha) 17-21, 17-21
Beregu lelaki: Ow Yao Han-Yew Hong Kheng (MAS) mn Ampunsuwan Wannawat-Istiyanet Tinn (Tha) 9-21, 22-20, 18-21

0 comments:

Post a Comment