Wednesday, March 24, 2010

MALAYSIA D TMEPAT KEDUA TTP SUDAH MEMADAI BUAT SKUAD REMAJA NEGARA

Hanya kedua terbaik benua
Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my
2010/03/25

Skuad pimpinan Sun Chenghua yang ketinggalan 0-1 selepas tewas dalam beregu campuran, kembali bangkit dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki untuk mendahului 2-1 namun, gagal mengelak kecundang dalam dua acara akhir wanita. “Aksi beregu campuran baik, cuma kita perlu perbaiki aksi di depan jaring yang kurang memberi tekanan kepada lawan,” kata jurulatih beregu lelaki remaja, Yap Kim Hock.

Kekecewaan aksi beregu utama, Ow Yao Han-Lai Pei Jing yang tumpas 16-21, 17-21 kepada Liu Cheng-Bao Yixin, pantas ditebus Zulfadli Zulkifli yang menyuntik semangat negara dengan menewaskan Huang Yuxiang 21-17, 21-12.

Selepas menguasai set pertama, aksi pemain berusia 17 tahun yang mendapat sokongan padu penyokong sedikit terjejas apabila Yuxiang mengekori rapat, sebelum Zulfadli menjarakkan jurang selepas merampas servis sebaik pukulan kencang kilas ke belakang gelanggang dibiarkan lawan, pada kedudukan 3-3.

Bagaimanapun, selepas mendahului 16-4, aksi Zulfadli kelihatan terleka seketika sehingga membolehkan Yuxiang mencuri lapan mata, sebelum mengesahkan kemenangan apabila hantaran balik servis jatuh di atas jaring, sebelum masuk di gelanggang lawan.
“Set pertama agak tertekan. Kami tidak pernah bertemu dan China membuat pertukaran pemain saat akhir. Tapi, aksi pada set kedua lebih bersahaja dan sokongan penyokong memang menyuntik semangat saya,” kata Zulfadli.

Kemaraan Malaysia diteruskan gandingan, Yao Han-Yew Hong Kheng yang sekadar memerlukan 30 minit untuk menundukkan Li Gen-Song Ziwei 21-8, 21-11, bagaimanapun diakhiri dengan kekalahan perseorangan wanita, Sonia Cheah Su Ya kepada Suo Di 20-22, 15-21 selain pasangan Pei Jing-Shevon Lai Jemie ditundukkan Tang Jinhua-Xia Huan 7-21, 9-21.

Keputusan: Final berpasukan: Malaysia 2 China 3

Beregu campuran: Ow Yao Han-Lai Pei Jing (MAS) kk Liu Cheng-Bao Yixin (Chn) 16-21, 17-21;
Perseorangan lelaki: Zulfadli Zulkifli (MAS) mn Huang Yuxiang (Chn) 21-17, 21-12;
Beregu lelaki: Ow Yao Han-Yew Hong Kheng (MAS) mn Li Gen-Song Ziwei (Chn) 21-8, 21-11;
Perseorangan wanita: Sonia Cheah Su Ya (MAS) kk Suo Di (Chn) 20-22, 15-21;
Beregu perempuan: Lai Pei Jing-Shevon Lai Jemie (MAS) kk Tang Jinhua-Xia Huan (Chn) 7-21, 9-21

1 comments:

pendekar melayu said...

tahniah kepada pasukan remaja malaysia..tingkatkan usaha...yakin boleh...

Post a Comment