Tuesday, April 20, 2010

gara-gara gunung berapi

Barcelona harungi detik sukar


2010/04/20

sebelum - selepas
BAS Barcelona meninggalkan stadium Nou Camp menuju Milan, kelmarin. " border="0"> TONGGAK Barcelona, Lionel Messi menaiki bas memulakan perjalanan jauh ke Milan untuk menentang Inter pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara." border="0">













TONGGAK Barcelona, Lionel Messi menaiki bas memulakan perjalanan jauh ke Milan untuk menentang Inter pada perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.
Merentasi tiga negara, dua hari perjalanan naiki bas menuju Milan

MILAN: Persoalan bagi Inter Milan adalah siapa harus disekat – Lionel Messi atau Barcelona apabila kedua-dua gergasi Itali dan Sepanyol itu berentap dalam saingan menarik separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di San Siro awal pagi esok.

Barisan bimbingan Jose Mourinho berjaya menyekat jentera ganas kelab dari Catalan serta penyerang licik dari Argentina itu daripada membolosi gawang mereka dalam saingan peringkat kumpulan, September lalu yang berkesudahan seri 0-0 dan bersedia mengulangi usaha baik itu sekali lagi di laman sendiri

Barcelona terpaksa menempuh perjalanan menaiki bas selama dua hari dan 1,000 kilometer untuk bermain disebabkan letusan gunung berapi di Iceland, minggu lalu.

Dengan semua penerbangan dibatalkan di seluruh Eropah, Barca memutuskan untuk mengambil jalan jauh merentas tiga negara untuk tiba ke destinasi mereka. Tetapi mereka tidak sedikit pun merungut.

“Kita perlu melihat segala masalah yang membelenggu perjalanan ke Milan, tetapi pasukan ini sudah bersedia menghadapinya – siapa yang tidak? Ini adalah separuh akhir Liga Juara-Juara,” kata penyerang dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic, yang bakal berdepan dengan kelab lamanya.

Komen Ibrahimovic itu dibuat sebelum Barcelona memulakan perjalanan jauh sebelum berhenti rehat di Cannes, selatan Perancis selepas 634km, dan baki 351km dari Cannes ke Milan pagi semalam sebelum dijadualkan menjalani latihan sebelah petang.
“Kami perlu melupakan segala masalah ini dan fokus untuk separuh akhir Liga Juara,” kata perancang Xabi.

“Kami perlu hadir di Milan, bermain dengan gaya sendiri, menjaringkan gol dan pulang dengan kemenangan. Kami berpeluang untuk melangkah satu lagi final dan kami tidak mahu mensia-siakannya.”

Kedua-dua kelab itu bertemu di peringkat kumpulan di San Siro yang berkesudahan seri 0-0 sebelum Barca mencatat kemenangan 2-0 di Camp Nou. – Agensi

0 comments:

Post a Comment